Monday, February 9, 2015

BAB 1 : KETIDAKSAMAAN SOSIAL : KENAPA PERLU DIKAJI DAN MAKNANYA (BAHAGIAN 2)

MAKNA KETIDAKSAMAAN SOSIAL
  • Wujud dalam pelbagai bentuk dan melibatkan hampir semua anggota masyarakat.
  • Perlu difahami dengan teliti kerana sifat fenomena sosial ini berbeza mengikut kompleksiti, budaya, masa dan sistem-sistem ekonomi dan politik masyarakat.


PEMBEZAAN SOSIAL
  • Proses pengkategorian/pengemlopokan manusia berdasarkan perbezaan ciri-ciri individu.
  • Misalnya berdasarkan ciri-ciri sepeti jantina, umur, warna kulit, ketinggian, keupayaan mental, pekerjaan, peranan sosial, agama, warisan status, keturunan, tahap kemajuan dan sebagainya.
  • Pembezaan sosial adalah konsep yang merujuk kepada proses pengkategorian manusia.
  • Perkara utama mengenai proses sosial ini ialah pada prinsipnya permbezaan sosial tidaklah melibatkan penilaian atau penyusunan taraf yang tidak sama rata atau secara vertical antara individu atau kategori-kategori sosial yang dibezakan.
  • Dalam setiap kebudayaan masyarakat wujud proses-proses penilaian dan pemberian ganjaran yang berbeza terhadap ciri-ciri manusia yang berbeza.
  • Proses penilaian paling asas adalah penilaian terhadap keupayaan seseorang berdasarkan perbezaan semulajadi iaitu berdasarkan ciri fizikal dan biologi manusia.
  • Pengagihan tugas serta ganjaran yang berbeza dibuat berasaskan keupayaan yang dihubungkaitkan dengan perbezaan semulajadi tersebut.
  • Misalnya, seorang lelaki dianggap mempunyai kekuatan fizikal yang lebih daripada wanita.  Akibat daripada tanggapan sosial tersebut lelaki biasanya ditugaskan untuk menjalankan kerja-kerja yang perlukan tenaga fizikal yang lebih, diberi kuasa yang lebih dan dipandang tinggi martabatnya.


STRATIFIKASI SOSIAL

  • Pada pertengahan Abad ke-18, ahli falsafah Perancis bernama Jean-Jacques Rousseau telah cuba membezakan ketidaksamaan sosial yang diwujudkan berasaskan perbezaan semulajadi daripada ketidaksamaan sosial yang diwujudkan berasaskan perbezaan sosial.
  • Ciri penting dalam fenomena stratifikasi sosial ialah unsur perwarisan kedudukan sosial.
  • Adalah satu sistem ketidaksamaan sosial yang berlanjutan dari generasi ke generasi semata-mata berasaskan kelahiran seseorang dalam sesuatu kedudukan sosial.
  • Contohnya seorang anak yang dilahirkan dalam keluarga diraja dengan sendirinya akan mewarisi status kerabat diraja.
  • Konsep ini stratifikasi sosial merujuk kepada satu bentuk pengistitusian ketidaksamaan sosial dalam kehidupan masyarakat (institutionalized inequalities).
  • Sistem-sistem kasta, perhambaan, estet dan kelas jenis sistem strafikasi sosial.

No comments: