Monday, February 9, 2015

BAB 1 : KETIDAKSAMAAN SOSIAL : KENAPA PERLU DIKAJI DAN MAKNANYA (BAHAGIAN 1)

PENDAHULUAN
  •   Kewujudan ketidaksamaan sosial adalah sifat umum dalam setiap masyarakat.
  •  Ketidaksamaan wujud dalam pelbagai bentuk seperti :

a.       Orang kaya dan orang miskin
b.      Yang berkuasa dan yang tidak berkuasa
c.       Yang dihormati dan yang dipandang rendah
d.      Di antara jantina
e.       Ras dan etnik
f.       Di antara wilayah/negara

KENAPA KETIDAKSAMAAN SOSIAL PERLU DIKAJI?
  • Adalah salah satu daripada fenomena dan permasalahan sosial yang utama dalam kehidupan masyarakat yang menimbulkan keperluan untuk dikaji dan difahami.
  •  Wujud dalam pelbagai bentuk dan merupakan satu fenomena sosial bersifat sejagat.
  •   Merupakan salah satu daripada kuasa sosial utama dalam kehidupan seharian manusia.
  •     Kewujudan dipengaruhi oleh idea, kepercayaan dan nilai-nilai yang dipegang bersama oleh anggota sesebuah masyarakat.
  •  Idea, kepercayaan dan nilai-nilai berfungsi sebagai kriteria untuk menilai, menyusun taraf dan menentukan ganjaran yang berbeza kepada individu/kumpulan.
  •    Misalnya, dalam sistem perhambaan zaman moden di Amerika Syarikat, layanan yang diberikan kepada orang kulit hitam dipengarui kuat oleh ideologi rasisme.
  •  Pembentukan ketidaksamaan sosial adalah satu proses yang asas dalam setiap kebudayaan masyarakat.
  •   Perlu memahami ciri-ciri perhubungan yang tidak seimbang yang wujud di antara masyarakat dunia ini.
  •  Penting untuk dikaji kerana perkaitannya dengan beberapa institusi sosial asas dalam masyarakat, khususnya politik dan ekonomi.
  •    Sebab kedua ialah kerana proses pembirokrasian yang ketara dalam masyarakat moden.
  • Sebab utama ialah kerana hubungannya dengan beberapa kesan dan implikasi negatif ke atas kehidupan manusia.  Antaranya, kemiskinan, penindasan dan ketidakadilan.
  •   Kemiskinan sebagai satu masalah sosial yang menyentuh soal kualiti hidup memiliki hubungan rapat denga persoalan perbezaan taraf hidup.
  •    Kajian ini timbul kerana ketidaksamaan sosial adalah salah satu isu utama dalam perdebatan teoritis dalam sosiologi.